Alumni SMK Teluk Panglima Garang
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Alumni SMK Teluk Panglima Garang

Ilmu Rukun Hidup
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 Buli Buli Buli

Go down 
AuthorMessage
skyproma
Guest




Buli Buli Buli Empty
PostSubject: Buli Buli Buli   Buli Buli Buli Icon_minitimeMon Jun 09, 2008 8:01 pm

BERITA PENUH

Isnin, 9 Jun 2007 Masehi


Sembunyi kes disiplin: 6 pengetua diarah beri penjelasan
Sumber: Utusan Malaysia � 24/5/2007

Oleh IRMAN HASHIM

KUALA TERENGGANU 23 Mei � Kementerian Pelajaran mengarahkan enam pengetua sekolah menengah memberi penjelasan ekoran tindakan secara terang-terangan menyembunyikan kes disiplin di sekolah mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, pengetua-pengetua itu didapati tidak mengambil tindakan terhadap kes-kes disiplin yang berlaku di sekolah mereka, malah menyembunyikannya daripada pengetahuan kementerian.

Menurut beliau, tindakan pengetua-pengetua berkenaan disedari selepas kementerian mendapat aduan dan maklumat daripada beberapa saluran termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan laman web kementerian.

��Kementerian akan menyiasat aduan-aduan berkenaan dan jika didapati pengetua-pengetua itu sengaja menyembunyikan kes-kes disiplin itu, mereka akan dikenakan tindakan tatatertib,� katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kolokium Pemimpin Kelab Pencegahan Jenayah di Dataran Shahbandar, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar KOSMO! pada 20 Mei lalu berhubung arahan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow supaya pengetua dan guru besar segera melaporkan sebarang aktiviti berunsur gangsterisme kepada polis bagi mengelak aktiviti itu berleluasa.

Dalam pada itu, Noh berkata, kempen kesedaran yang dianjurkan oleh kementerian tahun lepas berjaya menurunkan kes-kes disiplin melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

Beliau menambah, kes pelajar digantung sekolah menurun sebanyak 0.5 peratus kepada 0.4 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, manakala kes pelajar dibuang sekolah pula menurun daripada 0.4 peratus pada 2005 kepada 0.2 peratus tahun lalu.

��Statistik yang melibatkan kira-kira lima juta pelajar dan murid sekolah itu turut menyaksikan penurunan dalam kes hukuman rotan iaitu daripada 3.8 peratus pada 2005 kepada 1.4 peratus tahun lepas dan kes buli turut menurun sebanyak 0.01 peratus kepada 0.02 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya,� ujarnya.

Beliau berkata, statistik berkenaan memberikan semangat kepada kementerian untuk meneruskan usaha memberikan kesedaran kepada para pelajar dan murid sekolah daripada melibatkan diri dalam kegiatan negatif.

��Justeru, kerajaan telah meluluskan kira-kira RM6 juta pada tahun ini kepada Jawatankuasa Induk Disiplin kementerian untuk melaksanakan projek-projek khas termasuk kempen kesedaran,� katanya.
Back to top Go down
 
Buli Buli Buli
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Buli Buli 2
» Buli tahap serius

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Alumni SMK Teluk Panglima Garang :: SMKTPG Community Zone :: Announcements and Discussions..-
Jump to: