salam mr.admin,
ini ada beberapa syarat n etika semasa berforum..i copy dr forum sebelah. If relevan leh la diubahsusai mengikut kehendak forum ni. klu nk gubal undang2 sendiri pun ok gak..
just nk share ngan u all jer...
[/color=green]SYARAT-SYARAT DAN ETIKA SEMASA BERFORUM[/color]
Anda perlu mematuhi beberapa syarat. Anda digalakkan memperkenalkan diri di dalam forum Kenalkan Diri dahulu sebelum memulakan posting yang lain supaya ahli-ahli lain dapat mengenali anda.
Anda dilarang untuk:
1. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain.
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
3. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan Forum ini.
4. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah.
5. Membuat kiriman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli
6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain (so goes to double meaning yang keterlaluan)
7. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
8. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi awam.
9. Berbincang mengenai politik
10. Kiriman yang dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya.
11. Membuat post sorang-sorang hanya sekadar mendapat point yg lebih.
Sekiranya ada yang tidak mengikut polisi kami ini, Admin/Mods berhak untuk :
1. mengubah kiriman / topik anda.
2. mengeluarkan kiriman / topik anda dari database (delete)
3. menyenaraihitamkan nama anda (Banned)
Perilaku yang boleh dikenakan tindakan banned:~
1. Menggugat atau mencabar kredibiliti Admin/MODs.
2. Mengaibkan users lain (soal kesahihan tidak diambil kira)
3. Menimbulkan kekecohan atau pergaduhan.
4. Bersekutu dengan user yang menimbulkan kekecohan di forum.
5. Melanggar syarat-syarat berposting (seperti di atas)
[bKami perlukan kerjasama anda untuk tidak melanggar etika berforum ini. Sekiranya ada pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh tujukan pertanyaan anda kepada Admin/MODs yg sedang online.
Harap Maklum. Wink